Kerajaan berhati-hati sebelum beri kemudahan individu lengkap vaksin - Utusan Malaysia

Kerajaan berhati-hati sebelum beri kemudahan individu lengkap vaksin

MUHYIDDIN YASSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan mengambil pendekatan berhati-hati sebelum membuat keputusan memberikan kemudahan kepada individu yang lengkap mendapat dua dos suntikan vaksin.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ini termasuk kemudahan yang bakal dinikmati sektor ekonomi, namun ia perlu diperhalusi sebaiknya bagi memastikan usaha kerajaan memulihkan ekonomi dan kualiti hidup rakyat dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan.

“Insya-Allah kemudahan-kemudahan ini akan saya umumkan dalam waktu terdekat dan diharapkan dapat memanfaatkan sebaiknya individu yang menerima vaksinasi lengkap dan  membantu sektor ekonomi kita dengan mengambil kira keselamatan rakyat,” katanya dalam Facebook beliau hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri mempengerusikan mesyuarat Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Muhyiddin pada masa sama menekankan, strategi kerajaan adalah memberikan vaksinasi kepada seramai mungkin penduduk dewasa di Malaysia bagi memastikan pemulihan negara dapat dijalankan dengan lancar.

Beliau menjelaskan, lebih ramai yang divaksinasi, lebih ramai yang terlindung, lebih kurang tekanan dan bebanan kepada sistem kesihatan negara.

“(Ini termasuk) lebih banyak sektor ekonomi dan sosial yang boleh dibuka dengan selamat,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya