“Kejayaan hidup aku di tangan emak yang berdoa sentiasa" - Ibu Amy Search meninggal dunia - Utusan Malaysia

“Kejayaan hidup aku di tangan emak yang berdoa sentiasa” – Ibu Amy Search meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ibu penyanyi rock, Amy Search, Fatimah Haji Idris telah menghembuskan nafas terakhir akibat sakit tua di kediaman rumah anak saudaranya di Kota Damansara, malam tadi.

Penyanyi Tiada Lagi dan Laila Namamu Teratas mengesahkan berita duka itu menerusi Instagramnya namun punca kematian Allahyarham tidak dinyatakan.

“Doakan Ibu saya Fatimah Haji Idris. Dia telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi,” tulis Amy.

Allahyarham yang pergi pada usia 91 tahun itu dimandi dan dikafankan oleh Ustazah Khalijah di Masjid Kota Damansara. Jenazah kemudian akan di solatkan oleh Ustaz Nawawi pada sekitar pukul 9 pagi hari ini.

Urusan pengebumian pula akan dilakukan mengikut prosedur operasi standard (SOP) dengan seramai 15 orang sahaja yang akan berada Tanah Perkuburan Seksyen 9, Kota Damansara.

Meninjau perkongsian entri kali terakhir Amy bersama ibu tercintanya pada 1 Julai tahun lalu yang berkongsi mengenai kesihatan ibunya dan kenangan sewaktu dibesarkan Allahyarham.

Dalam perkongsian itu juga Amy berkongsi, ibunya yang juga merupakan nenek pelakon Nabila Huda ialah seorang guru mengaji.

“Alhamdullilah beransur pulih dan gembira. Jaga dia sampai hujung nyawa. Kalau nak balas budi emak mati hidup semula pun tidak terbalas. Selama bersama aku tak pernah bergaduh, apa lagi naik suara pada emak dan aku tidak pernah sekali pun mengadu kesusahan atau kesedihan aku.

“Kejayaan hidup aku di tangan emak yang berdoa sentiasa. Aku masakan, mandikan emak dan yang paling penting habiskan ubat. Aku berharap emak boleh kuat berjalan semula. Teringat aku dulu kalau balik mesti dia masakan lauk kegemaran aku asam pedas dan ikan masin itu pasti sambil aku belajar masak asam pedas dengan mak.

“Satu lagi kuih Bingka Ubi bagi hangus sikit sejak emak jatuh kali pertama dulu dia tidak mengajar budak mengaji lagi. Kalau tidak ramailah budak kampung mengaji mukadam dan Al-Quran. Dia mengajar mengaji dari sejak aku kecik lagi. Moga Allah pulihkan emak dan beri dia kesihatan,” coretnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya