Kawalan ketat polis di PPV Bukit Jalil - Utusan Malaysia

Kawalan ketat polis di PPV Bukit Jalil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengawal ketat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Mega Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini, hari ini bagi mengatasi masalah kesesakan di pusat berkenaan.

Ini kerana, hasil pemantauan polis mendapati kehadiran orang ramai sudah menjangkau 18,000 orang sedangkan vaksin hanya untuk 12,000 penerima, kira-kira pukul 9.30 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, kawalan dilakukan  seawal pukul 6 pagi berbanding peringkat awal bermula 7 pagi dengan anggaran 5,000 penerima.

“Anggota bertugas bertindak mengarahkan pematuhan dengan beratur pada jarak mengikut prosedur operasi standard (SOP) dan dibahagikan kepada dua barisan.

“Mereka (anggota bertugas) turut mengasingkan penerima vaksin mengikut jantina dengan warga emas diberi keutamaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, kata Muhammad Idzam, kekuatan anggota ditambah daripada 38 kepada 78 orang termasuk tujuh bahagian trafik.

Jelasnya, penugasan dibahagikan kepada lima pasukan yang ditempatkan di pintu A membabitkan penerima dos pertama, pintu E (penerima dos kedua), parkir A dan B.

“Kawalan bermula daripada orang ramai turun dari bas hingga ke laluan masuk pintu A dan pintu B.

“Di pintu A agak ramai memandangkan ia adalah untuk penerima dos pertama manakala pintu E pula lebih mudah dikawal kerana jumlah orang tidak terlalu ramai.

“Kami akan mengarahkan mengarahkan individu selebihnya untuk bersurai,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.