KUALA LUMPUR: Ketika Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadual ke Istana Negara untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, pemimpin muda kerajaan terus memberi kata-kata semangat bahawa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan kembali dengan lebih kuat.
Ketua Armada Bersatu, Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal menyatakan demikian menerusi posting Facebooknya hari ini.
“Kami berdiri teguh dan bangga dengan kamu Tan Sri Presiden. Terima kasih atas jasa dan kepimpinan anda. Kami akan kembali dengan lebih kuat, Insya-Allah,” katanya yang juga Timbalan Menteri Belia dan sukan dalam pentadbiran Muhyiddin.
Beliau turut berkongsi gambar memaparkan Muhyiddin berbual dengannya dan Penasihat Khas kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dipercayai selepas mesyuarat khas di Putrajaya hari ini. – UTUSAN ONLINE