Kakitangan TNB meninggal dunia, kereta terbakar depan rumah - Utusan Malaysia

Kakitangan TNB meninggal dunia, kereta terbakar depan rumah

KERETA arwah Md. Lela Othman yang terbakar pada bahagian belakang dalam kejadian di Taman Pokok Mangga, Melaka. - UTUSAN/DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seorang kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) ditemukan meninggal dunia dalam kenderaannya yang terbakar di hadapan rumah di Taman Pokok Mangga di sini, hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 8.25 pagi itu, mangsa, Md. Lela Othman, 51, ditemukan oleh anak lelakinya yang bergegas mengeluarkannya daripada kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Proton Exora.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, anak mangsa mendakwa, ketika kejadian dia terlihat bahagian belakang kenderaan terbabit terbakar, namun bapanya tetap duduk di bahagian pemandu kenderaan berkenaan.

“Anak mangsa memberitahu ayahnya juga ada mengadu sakit dada sebelum keluar rumah dan menghidupkan enjin kenderaan untuk ke tempat kerja di MITC.

“Tidak lama kemudian dia melihat kereta ayahnya dipenuhi asap dan bahagian belakang Exora itu terbakar, manakala mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Jelasnya, pasukan perubatan yang tiba pada pukul 8.50 pagi mengesahkan mangsa telah meninggal dunia, pemeriksaan lanjut pada tubuh badan tidak menemukan sebarang kesan melecur akibat kebakaran tersebut.

“Pasukan bomba turut berada di lokasi bagi kerja-kerja pemadaman, hasil siasatan pegawai forensik tidak menemui sebarang unsur jenayah atau khianat.

“Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Melaka bagi proses bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya