PUTRAJAYA: Tan Sri Annuar Musa kini ditugaskan menerajui Kementerian Komunikasi dan Multimedia yang sebelum ini digalas Datuk Saifuddin Abdullah.
Saifuddin pula menerajui Kementerian Luar Negeri.

Tempat Annuar diganti Datuk Seri Shahidan Kassim sebagai ‘orang baharu’ dalam Kabinet pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad pula ditugaskan sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) yang sebelum ini di Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan diisi pemimpin baharu, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Datuk Seri Takiyuddin Hassan ke Kementerian Tenaga dan Sumber Asli manakala tempatnya sebelum ini iaitu sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) digalas Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Jawatan Wan Junaidi yang sebelum ini berada di Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi diisi muka baharu, Tan Sri Noh Omar.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang dahulunya diterajui Datuk Zuraidah Kamaruddin kini diisi Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican. Zuraidah ditempatkan di Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi.

Tempat Reezal Merican sebagai Menteri Belia dan Sukan kini digalas pula oleh Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu. – UTUSAN ONLINE










