Jenazah Tun Ahmad Sarji selamat dikebumikan - Utusan Malaysia

Jenazah Tun Ahmad Sarji selamat dikebumikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jenazah negarawan, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid, 82, yang meninggal dunia awal pagi tadi selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah II, Bukit Kiara kira-kira 12 tengah hari ini.

Sekitar pukul 11.45 pagi tadi, jenazah Allahyarham tiba di tanah perkuburan dan hanya diiringi oleh beberapa ahli keluarga terdekat.

Terdahulu, jenazah Allahyarham disolatkan di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara.

Bekas Ketua Setiausaha Negara (KSN) dilaporkan menghembuskan nafas terakhir di sebuah Hospital di Kuala Lumpur pada pukul 1.40 pagi tadi.

Allahyarham berkhidmat sebagai Ketua Setiausaha Negara dari 1 Februari 1990 hingga 16 September 1996.

Allahyarham juga adalah pengasas dan pengerusi pertama Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) pada 1992 dan dilantik semula ke jawatan itu pada 2019.

Sebelum ini, Ahmad Sarji dilaporkan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Cheras pada 7 Ogos lalu akibat komplikasi Covid-19.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN