Jawatan TPM: Bertindak sama seperti Muhyiddin - PM - Utusan Malaysia

Jawatan TPM: Bertindak sama seperti Muhyiddin – PM

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERA: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini juga tidak melantik Timbalan Perdana Menteri sewaktu mengumumkan Kabinet kerajaan Perikatan Nasional (PN) pada ketika itu.

Perdana Menteri berkata, jadi langkah diambilnya sama seperti bekas Perdana Menteri kelapan tersebut.

“Pada mula-mula (bekas Perdana Menteri) Tan Sri Muhyiddin Yassin umum (senarai Kabinet beliau) juga tiada, sama sahaja.

“Insya-Allah kalau macam dulu tak ada, tapi (selepas itu) ada,” katanya dalam sidang akbar selepas lawatan ke Eksesais Para Predator Siri 1/2021 di Pesisir Sungai Pahang di Kampung Batu Bor di sini hari ini.

Yang hadir sama Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Affendi Buang dan Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd. Zain.

Program eksesais itu melibatkan hampir 1,900 pegawai dan anggota pelbagai elemen dan latihan berskala besar selama dua minggu yang bermula Selasa lalu, merupakan satu daripada eksesais dilaksanakan oleh Tentera Darat melalui 10 Bridged (PARA) yang berpangkalan di Kem Terendak, Melaka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN