PETALING JAYA: Malaysia mencatatkan rekod jangkitan baharu Covid-19 dengan sebanyak 23,564 kes dilaporkan hari ini.
Kes itu dicatatkan dalam tempoh 24 jam yang berakhir tengah hari tadi.
Enam negeri mencatatkan kes baharu anatara dua atau tiga digit iaitu Melaka, Pahang, Terengganu, Labuan, Putrajaya dan Perlis, sementara negeri lainnya mencatatkan kes empat digit.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah memaklumkan, perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 dalam negara kepada 1,413,024 kes. – UTUSAN ONLINE