'Ismail Sabri sudah menang, esok kami bertolak ke Istana Negara' - Ahmad Maslan - Utusan Malaysia

‘Ismail Sabri sudah menang, esok kami bertolak ke Istana Negara’ – Ahmad Maslan

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berjaya mengumpul jumlah surat akuan (SD) tertinggi iaitu dengan 114 sokongan sekali gus mengangkat beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9.

Menerusi satu tangkap layar pengesahan daripada Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan yang tular di aplikasi WhatsApp, kesemua 114 ahli Dewan Rakyat itu akan dipanggil ke Istana Negara pagi nanti.

“Esok Khamis, 19 Ogos bermula pukul 10 pagi, kami Ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan bertolak ke Istana Negara dari WTCKL (Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur) dengan menaiki bas.

“Hanya kumpulan yang menang sahaja dijemput untuk pengesahan sokongan sekali lagi di Istana Negara. Ini bererti, Ismail Sabri dengan izin Allah S.W.T adalah calon Perdana Menteri yang menang,” katanya dalam tangkap layar itu.

Utusan Malaysia juga telah mendapatkan pengesahan daripada Ahmad Maslan sendiri.

Bagi penjadualan sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan menhadap pada pukul 10 pagi dan kemudian disusuli oleh Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) pada pukul 11 pagi.

Pada pukul 2 petang adalah sesi menghadap bagi UMNO dan BN serta yang terakhir ialah Pas pada pukul 4 petang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.