Ismail Sabri hargai sokongan PN, BN bentuk kerajaan - Utusan Malaysia

Ismail Sabri hargai sokongan PN, BN bentuk kerajaan

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menghargai sokongan yang diberikan oleh Ahli Parlimen daripada Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) sehingga beliau dilantik sebagai Perdana Menteri kesembilan.

Beliau berkata, sokongan itu juga membolehkan beliau menerajui kerajaan baharu dan membentuk sebuah Kabinet baharu.

“Dengan penuh rasa insaf dan bersyukur, ingin saya menzahirkan rasa terima kasih kepada rakan-rakan ahli Dewan Rakyat yang setia menyokong saya daripada UMNO, MCA, MIC dan PBRS di bawah panji Barisan Nasional (BN).

“Penghargaan turut dizahirkan kepada rakan-rakan ahli Dewan Rakyat daripada PPBM, Pas, GPS, STAR, PBS, SAPP, juga ahli-ahli Dewan Rakyat Bebas yang memungkinkan terbentuknya kerajaan pada hari ini,” katanya.

Beliau turut menyeru kepada seluruh ahli Dewan Rakyat, sama ada dalam atau luar kerajaan supaya menggembleng tenaga untuk memulihkan semula keadaan negara.

“Marilah kita, dengan fikiran terbuka dan dada yang menerima, mencungkil persamaan dengan tidak lagi menggali perbezaan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN