HPSF mohon kesan waris pesakit - Utusan Malaysia

HPSF mohon kesan waris pesakit

WARIS kepada pesakit yang terlibat kemalangan dan kini menerima rawatan boleh menghubungi pihak HPSF di Muar, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUAR: Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) sedang mengesan waris kepada salah seorang pesakit yang masih dirawat di hospital itu selepas mengalami kecederaan parah di kepala, bulan lalu.

HPSF dalam satu kenyataan memaklumkan, pesakit lelaki berkenaan telah dibawa oleh ambulans Klinik Kesihatan Bakri ke HPSF pada 15 Julai lalu setelah kemalangan ketika melintas jalan.

“Mangsa telah dilanggar kira-kira pukul 1 pagi di kawasan Air Hitam Batu 18, Bakri. Sewaktu tiba di HPSF, tiada sebarang pengenalan ditemukan dan mangsa yang mengalami cedera parah di kepala dan beberapa anggota badan lain juga berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Pihak Jabatan Kerja Sosial Perubatan (JKSP) kemudiannya telah merujuk ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi pengesanan padanan identiti pesakit, namun tiada padanan identiti ditemui,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, pesakit kini telah sedar dan berada di Wad 5 HPSF, tetapi masih tidak dapat memberikan sebarang tindak balas.

Bagi sesiapa yang mengenali pesakit atau kehilangan ahli keluarga, boleh menghubungi Pegawai Kerja Sosial Perubatan, Mohd. Fariz Omar di talian 06-956 4179, atau Wad 5 di talian 06-956 4000 sambungan 238. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN