PUTRAJAYA: Beberapa pemimpin parti komponen Perikatan Nasional (PN) mula memasuki bangunan Perdana Putra, pukul 4 petang ini.
Antaranya, Setiausaha Agong PN merangkap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin; Setiausaha Agong Pas merangkap Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Presiden MCA merangkap Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong.
Kehadiran semua pemimpin itu untuk menghadiri pertemuan dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof berkata, usaha memeterai konsensus berkenaan disebabkan semua ketua parti PN berpandangan Muhyiddin masih lagi mempunyai sokongan majoriti untuk kekal sebagai Perdana Menteri dengan kerajaan sedia ada masih dianggap sah.
Sebelum ini, berlaku penularan mesej ringkas yang menyatakan satu pertemuan antara Perdana Menteri dengan semua ketua parti PN jam 5 petang. – UTUSAN ONLINE
End










