Hajat Hafizh pamer jentera baharu di Sepang tidak kesampaian - Utusan Malaysia

Hajat Hafizh pamer jentera baharu di Sepang tidak kesampaian

HAFIZH SYAHRIN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah kecewa apabila tidak sempat mempamerkan jentera baharunya di hadapan penyokong sendiri susulan pembatalan saingan MotoGP di Grand Prix (GP) Malaysia.

Kata penunggang NTS RW Racing GP itu, dia sepatutnya berlumba dengan enjin Triumph di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), namun tidak kesampaian selepas saingan tersebut terpaksa dibatalkan.

“Bagi saya ketiadaan saingan MotoGP di Sepang sangatlah kecewa sebab saya tak pernah berlumba dengan Moto2 menggunakan enjin Triumph di sana.

“Kali terakhir saya berlumba di sana pada 2019, masa itu saya mewakili pasukan KTM dalam saingan MotoGP.

“Saya pun tak tahu masa depan saya macam mana. Kalau saya tiada masa hadapan, mungkin belum pasti ada pelumba Malaysia tahun hadapan…agak sukar,” katanya menerusi perkongsian video kepada pemberita, semalam.

Saingan GP Malaysia yang sepatutnya berlangsung pada 22 hingga 24 Oktober depan di SIC terpaksa dibatalkan susulan pandemik Covid-19 selain sekatan kemasukan ke negara ini.

Dalam pada itu, Hafizh berkata, impian peminat untuk menyaksikan penampilan terakhir legenda MotoGP, Valentino Rossi di SIC sebelum bersara daripada sukan tersebut juga tidak kesampaian.

Selain itu, katanya, agak kurang menarik apabila bersaing berulang kali di Eropah ekoran ketiadaan perlumbaan di Asia seperti di Jepun, Australia dan Malaysia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya