Felda Jengka 24 capai imuniti kelompok - Utusan Malaysia

Felda Jengka 24 capai imuniti kelompok

RAZAK Daud (berdiri belakang) meninjau program imunisasi kelompok dos kedua vaksin Covid-19 di Sekolah Kebangsaan (LKTP) Felda Jengka 24 di Jerantut, Pahang. - UTUSAN/SALEHUDIN MAT RASAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT: Felda Jengka 24 di sini menjadi tanah rancangan pertama di negara ini mencapai status imuniti kelompok apabila 646 penduduk di situ telah menerima suntikan dua dos vaksin Covid-19.

Ketua Peneroka Felda Jengka 24, Razak Daud berkata, jumlah ketua isi rumah rancangan itu seramai 292 orang yang bermakna isteri dan anak berusia 18 tahun telah lengkap 100 peratus syarat imuniti kelompok.

“Pengalaman dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) pada April lalu mendorong penduduk berdaftar dengan MySejahtera dan mereka menerima dos pertama Julai lalu.

“Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana Kementerian Kesihatan dan semua pihak berkaitan membantu tanah rancangan ini mencapai imuniti kelompok lebih awal,” katanya kepada pemberita pada program imunisasi kelompok dos kedua di Sekolah Kebangsaan (LKTP) Felda Jengka 24 di sini hari ini.

Razak berkata, beliau berbangga imuniti kelompok penduduk di tanah rancangan itu dicapai lebih awal berbanding sasaran pada September ini.

Tambah beliau, generasi baharu Felda Jengka 24 yang tinggal di luar tanah rancangan itu yang belum menerima vaksinasi diminta tidak pulang ke kampung jika sayangkan ibu bapa dan keluarga.

Pengurus Felda Jengka 24, Mohd. Tamrin Zakaria, 56, menasihatkan penduduk supaya terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan bagi mengekang penularan wabak Covid-19 di situ.

“Kejayaan tanah rancangan ini mencapai imuniti kelompok boleh dijadikan contoh kepada rancangan lain di negara ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.