Empat termasuk wanita terlibat edar dadah diberkas - Utusan Malaysia

Empat termasuk wanita terlibat edar dadah diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah yang aktif di sekitar Lembah Klang dengan menahan empat individu dalam serbuan di Jalan Ritchie Off Jalan Ampang dekat sini, kelmarin.

Kesemua suspek termasuk seorang wanita yang berusia antara 23 hingga 30 tahun itu ditahan sepasukan polis Jahatan Siasatan Jenayah Narkotik Kontinjen Kuala Lumpur.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Superintenden Mohd. Shokri Abdullah berkata, pihaknya menjalankan risikan selama dua minggu terhadap sindiket berkenaan.

Katanya, serbuan pertama yang dijalankan di tempat letak kereta dan menahan seorang lelaki di lokasi kejadian.

“Dalam serbuan itu, turut dirampas dadah jenis methamphetamin seberat 66.30 gram dan 50 pil erimin 5 di dalam beg dipegang suspek selain wang tunai berjumlah RM720.

“Hasil soal siasat dilakukan terhadap membawa kepada satu lagi  serbuan kedua di sebuah rumah di lokasi sama dan menahan tiga lagi suspek,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd. Shokri berkata, pihaknya turut merampas dadah jenis methamphetamin seberat 954 gram, ganja seberat 376 gram dan 1,000 pil erimin 5 selain wang tunai berjumlah RM300.

Jelasnya, nilai rampasan semua dadah berkenaan adalah RM57,630 serta sitaan wang tunai RM1,020 menjadikan nilai keseluruhan rampasan dan sitaan berjumlah.

“Jumlah keseluruhan rampasan dadah terbabit mampu menampung penggunaan seramai 3,842 penagih,” ujarnya.

Menurut Mohd. Shokri, hasil siasatan mendapati rumah itu dijadikan sebagai tempat penyimpanan dadah dan disewa selama tiga bulan oleh salah seorang suspek dengan bayaran sewa RM2,800 sebulan.

Jelasnya, hasil saringan awal urin dilakukan mendapati keempat-empat suspek didapati positif dadah jenis methamphetamin dan mempunyai rekod berkaitan dadah serta jenayah.

“Kesemua suspek direman tujuh hari hingga 31 Ogos ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Dengan tangkapan ini, kami menumpaskan kegiatan pengedaran dadah didalangi warga tempatan yang dikesan aktif selama tiga bulan di sekitar Lembah Klang,” katanya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya