Empat anggota TUDM maut dalam insiden tembakan - Utusan Malaysia

Empat anggota TUDM maut dalam insiden tembakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengesahkan satu kejadian insiden tembakan membabitkan empat warganya yang berlaku di unit TUDM, Kota Samarahan, Kuching, Sarawak, hari ini.

Markas Tentera Udara dalam kenyataan memaklumkan, insiden itu berlaku pada pukul 7.15 pagi ketika waktu anggota bertugas.

Kenyataan itu menambah, pihak TUDM menyerahkan kes kejadian kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menjalankan siasatan.

“TUDM mengesa semua pihak agar tidak menyebarkan sebarang spekulasi sehingga proses siasatan oleh PDRM selesai. Seterusnya TUDM akan menubuhkan satu lembaga penyiasatan bagi mengenal pasti punca kejadian,” kata kenyataan itu hari ini.

Terdahulu, Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail yang mengesahkan kes itu berkata, empat mati dalam kejadian tembak di Kem TUDM Kota Samarahan dalam kejadian berlaku pukul 7.50 pagi di Balai Pengawal Handau Skuadron 330 TUDM.

“Difahamkan kejadian itu berlaku ketika masa serah tugas. Salah seorang anggota TUDM dipercayai menembak tiga rakannya sebelum menembak diri sendiri,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, dua rakannya yang ditembak maut serta-merta di tempat kejadian manakala seorang lagi cedera parah.

“Mangsa yang cedera parah sempat memandu kenderaan sendiri mendapat rawatan di klinik tentera dalam kem berkenaan. Namun mangsa yang cedera di bahagian perut dan kritikal meninggal dunia ketika menerima rawatan di Pusat Jantung Kota Samarahan,”katanya.

Katanya, pihak Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak dan Forensik Hospital Umum Sarawak telah tiba ke lokasi kejadian.

Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti kejadian.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN