Dua beradik maut langgar tembok - Utusan Malaysia

Dua beradik maut langgar tembok

DUA beradik termasuk seorang kanak-kanak berusia empat tahun maut ditempat kejadian selepas melanggar tembok dalam kejadian di Jalan Air Tanai, Alor Gajah, Melaka. - UTUSAN/DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Perjalanan dua beradik keluar ke kedai berakhir tragedi apabila mereka maut selepas motosikal ditunggang terbabas di Jalan Air Tanai di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.15 malam itu, mangsa, Zahrul Fitri Amer, 16, dan adiknya, Afiq Wafiy, 4, meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Arshad Abu berkata, ketika kejadian mangsa yang menunggang motosikal Yamaha Lagenda dalam perjalanan dari Alor Gajah menghala ke Ayer Paabas.

“Apabila tiba di tempat kejadian, motosikal dinaiki dua beradik itu terbabas sendiri dan melanggar tembok batu di sebelah kiri jalan.

“Akibat kemalangan itu, mereka mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Mengulas lanjut, beliau memberitahu, hasil soal siasat, bapa mangsa memaklumkan kedua-dua anaknya itu dalam perjalanan ke kedai.

“Pemeriksaan lanjut pegawai penyiasat di lokasi turut mendapati motosikal dinaiki mangsa mengalami kerosakan teruk pada bahagian hadapan dipercayai akibat rempuhan.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Alor Gajah bagi proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN