PETALING JAYA: Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah), Shazni Munir Mohd Ithin, 34, meninggal dunia selepas didapati positif Covid-19 kira-kira dua minggu lalu.
Perkara itu diumumkan menerusi laman Facebook rasmi Parti Amanah oleh Setiausaha Pemuda Amanah Nasional, Asim Abdullah.
“Dukacita dimaklumkan bahawa sahabat dan rakan seperjuangan kami, saudara Shazni Munir telah kembali ke rahmatullah.
“Mohon doa dan sokongan daripada semua agar keluarga beliau kuat lalui ujian ini,” katanya.
Pada pertengahan bulan lalu, Shazni dilaporkan perlu ditidurkan selepas status jangkitan Covid-19 beliau berada pada tahap keempat.
Isteri dan anak-anak beliau juga sebelum ini laporkan dijangkiti wabak Covid-19.










