Coopbank terima bayaran dividen RM58.3 juta bagi tahun 2020

Coopbank terima bayaran dividen RM58.3 juta 

KAMARI ZAMAN JUHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) meluluskan permohonan pembayaran dividen syer biasa dan syer keutamaan (iRCPS) Co-opbank Pertama (CBP) sebanyak RM58.3 juta bagi tahun kewangan 2020, pada 23 Ogos lalu. 

Pengerusinya, Kamari Zaman Juhari dalam satu kenyataan berkata, sebanyak 28.7 peratus peningkatan iRCPS direkodkan berbanding tahun 2019 yang berjumlah RM45.3 juta. 

Menurutnya, pembayaran dividen bagi tahun kewangan tersebut merupakan jumlah tertinggi dalam sejarah penubuhan CBP sejak tahun 1950 dan syer keseluruhan CBP melebihi RM900 juta setakat 31 Disember 2020 sekaligus memberi manfaat kepada 92,459 anggota CBP yang layak menerimanya. 

Jelasnya, kadar dividen bersih bagi tahun lalu sebanyak 6.7 peratus bagi syer keutamaan iRCPS dan 6.0 peratus bagi syer biasa. 

“Pembayaran dividen ini akan dikreditkan terus ke dalam akaun simpanan anggota CBP dan pengeluaran boleh dibuat di mana-mana cawangan CBP, secara dalam talian melalui laman sesawang CBP atau aplikasi mobil MyCoopbank bermula 27 Ogos ini. 

“Sementara itu, kelewatan pengumuman dividen bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020 adalah disebabkan penukaran juruaudit yang dilantik yang memerlukan proses pelantikan dilaksanakan semula dan perlu mendapatkan kelulusan dari pengawalselia,” katanya hari ini. 

Untuk rekod, bagi tahun kewangan tahun lalu, CBP merekodkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM85.7 juta bersamaan 15.9 peratus dari tahun 2019 yang berjumlah RM73.9 juta. 

Jumlah keanggotaan CBP pula meningkat dengan pertambahan seramai 1,039 anggota baharu yang secara keseluruhan merekodkan seramai 92,459 anggota pada tahun lalu. 

“Prestasi baik ini didorong oleh pelaksanaan strategi perniagaan yang berkesan oleh pengurusan CBP terutama semasa mendepani suasana pertumbuhan perniagaan yang perlahan dalam tempoh pandemik Covid-19,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya