Bom Perang Dunia Kedua seberat 200kg ditemukan - Utusan Malaysia

Bom Perang Dunia Kedua seberat 200kg ditemukan

LOKASI bom lama Perang Dunia Kedua ditemukan di tapak pembinaan berhampiran Taman Wawasan, Beaufort, Sabah. - IHSAN IPD BEAUFORT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEAUFORT: Sekumpulan pekerja tapak pembinaan berdepan detik cemas apabila terkorek sebutir bom lama peninggalan Perang Dunia Kedua yang dianggarkan seberat 200 kilogram berhampiran Taman Wawasan semalam.

Bom berukuran tiga kaki panjang dengan ukuran lilit selebar tiga kaki itu ditemukan kira-kira 10 pagi.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Yusoff Zaki Mat Yaacob berkata, sebaik sahaja menemukan bom lama tersebut, pekerja tapak pembinaan berkenaan terus memaklumkan kepada polis.

BOM lama seberat 200 kilogram yang ditemukan di tapak pembinaan berhampiran Taman Wawasan, Beaufort, Sabah. – IHSAN IPD BEAUFORT

“Kita terus menghantar sepasukan anggota polis ke lokasi kejadian selepas menerima laporan mengenai penemuan bom tersebut.

“Hasil pemeriksaan mendapati bom lama itu dipercayai daripada jenis ‘Air Drop’ itu digugurkan oleh tentera British menggunakan pesawat udara namun tidak meletup.

“Kita menganggarkan jarak bahaya letupan bom ini boleh dirasai di kawasan sejauh 500 meter,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Yusoff Zaki berkata, operasi memusnahkan bom tersebut dilakukan oleh Unit Pemusnah Bom Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah kira-kira pukul 2 petang di lokasi sama bom itu ditemukan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN