BN dakwa Ismail Sabri raih 115 sokongan surat akuan PM 9 - Utusan Malaysia

BN dakwa Ismail Sabri raih 115 sokongan surat akuan PM 9

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) menyokong Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri kesembilan yang akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, solid melepasi majoriti mudah 111 iaitu sebanyak 115.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, sokongan itu diperoleh daripada parti-parti dalam gabungan Perikatan Nasional (PN) serta BN.

“Kami solid 115,” katanya ringkas ketika dihubungi hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tempoh penyerahan Surat Akuan daripada 220 ahli Parlimen yang perlu diserahkan kepada Istana Negara untuk perhatian Setiausaha Sulit Kanan kepada Yang di-Pertuan Agong, Kolonel Datuk Nazim Mohd Alim.

Individu yang mendapat majoriti akan dipilih sebagai Perdana Menteri bagi menggantikan Tan Sri Muhyiddinn Yassin yang meletak jawatan kelmarin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×