Bersatu mohon semua sokong PPN - Utusan Malaysia

Bersatu mohon semua sokong PPN

AHMAD FAIZAL AZUMU
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memohon semua pihak untuk terus menyokong dan memberikan kerjasama penuh terhadap pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang dirangka oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) bagi membawa negara keluar daripada kemelut pandemik Covid-19.

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, parti itu yakin dan percaya segala inisiatif kerajaan seperti Pelan Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dan pakej-pakej bantuan kepada rakyat bagi menangani pandemik tersebut dapat berjalan dengan lancar dan teratur mengikut perancangan yang telah ditetapkan.

“Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu dan semua ahli parti terus menzahirkan sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri dan dibantu oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Timbalan Perdana Menteri untuk terus menerajui kepimpinan kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ahmad Faizal juga menjunjung kasih Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah atas perkenan Seri Paduka kepada cadangan dan usaha kerajaan PN di bawah kepimpinan Muhyiddn dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab kepada rakyat dan negara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN