Bersampan di lebuh raya - Utusan Malaysia

Bersampan di lebuh raya

TIGA remaja menaiki sampan ketika melalui jalan berhampiran Plaza Tol Alor Pongsu yang dinaiki air dekat Bagan Serai hari ini. - UTUSAN/WAT KAMAL ABAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN SERAI: Banjir yang melanda daerah ini menyebabkan beberapa kawasan dinaiki termasuk laluan masuk ke Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Plaza Tol Alor Pongsu.

Paras air yang tinggi menyebabkan penduduk terpaksa menggunakan sampan untuk melalui kawasan tersebut.

Keseluruhannya, 151 penduduk daripada 47 keluarga ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga daerah di Perak hari ini berikutan banjir di penempatan masing-masing.

Pengguna jalan raya yang terperangkap berikutan jalan berhampiran Plaza Tol Alor Pongsu yang dinaiki air dekat Bagan Serai hari ini. – UTUSAN/WAT KAMAL ABAS

Jurucakap Sekretariat Pengurusan Bencana negeri berkata, setakat pukul 10 pagi tadi, seramai 107 mangsa daripada 33 keluarga di daerah Larut Matang dan Selama (LMS) ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Matang.

“Mereka terdiri daripada 40 perempuan dewasa, lelaki dewasa (30), kanak-kanak lelaki (21) dan kanak-kanak perempuan (16) dari Kampung Sungai Rentaka, Kampung Melawati, Kampung Jebong Kiri, Kampung Changkat Baru dan Kampung Tebuk,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, seramai 13 orang daripada empat keluarga terdiri daripada enam perempuan dewasa, empat lelaki dewasa dan tiga kanak-kanak perempuan pula ditempatkan di Dewan Orang Ramai Sungai Baru, Padang Gajah, Trong dalam daerah LMS.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya