Barcelona mahukan Aubameyang - Utusan Malaysia

Barcelona mahukan Aubameyang

Pierre-Emerick Aubameyang menjadi buruan Barcelona dan kelab itu bersedia menjadikan Philippe Coutinho sebagai pertukaran.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID: Barcelona sedia menawarkan Philippe Coutinho sebagai usaha untuk membawa kapten Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang ke Camp Nou.

Menurut akhbar Sepanyol, Sport, Barcelona berminat untuk mendapatkan khidmat Aubameyang namun masalah kewangan yang dihadapi menyebabkan mereka tidak mampu untuk membeli penyerang berusia 32 tahun itu dan berharap Coutinho mencukupi untuk memujuk The Gunners.

Coutinho hanya meledak 15 gol dalam 64 penampilan saingan La Liga bersama Barcelona sejak berhijrah dari Liverpool pada Januari 2018.

Namun dia menjadi salah seorang prospek terhangat di Eropah ketika bersama The Reds yang menyaksikan dia menjaringkan 20 gol dalam 45 penampilan terakhir di Liga Perdana Inggeris (EPL).

Gaji besar Aubameyang sebanyak 350,000 pound (RM2.04 juta) seminggu juga mungkin menjadi punca Arsenal sedia berunding mengenai perkara itu dengan Barcelona.

Khabar angin menyatakan Arsenal sedia melepaskan bintang itu untuk mengurangkan beban kewangan dan membawa masuk pemain yang lebih ekonomi.

Coutinho juga mahukan jumlah gaji yang sama namun Barcelona dilaporkan sedia membayar separuh gajinya untuk melepaskan pemain itu.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN