Bapa saya juga penggali kubur - Aziz Bari - Utusan Malaysia

Bapa saya juga penggali kubur – Aziz Bari

ABDUL AZIZ BARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: “Saya faham bahaya dan kesulitan dihadapi penggali kubur menguruskan jenazah di semasa Covid-19 kerana bapa saya seorang penggali kubur’.

Itu kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebing Tinggi, Dr. Abdul Aziz Bari  ketika perbahasan titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah semalam yang menzahirkan penghargaan kepada petugas barisan hadapan dalam menangani Covid-19 ketika baginda merasmikan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).

Abdul Aziz yang juga Ketua Pembangkang DUN Perak berkata, beliau merafakkan sembah junjung kasih atas penzahiran titah diraja Sultan Perak kepada petugas barisan hadapan.

“Sebagaimana titah baginda, saya juga ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua petugas barisan hadapan, para doktor dan jururawat, petugas keselamatan, penggali kubur yang bertugas dengan tekun walaupun berhadapan risiko maut jangkitan Covid-19.

“Saya boleh sebut penggali kubur kerana ayah saya pun seorang penggali kubur. Jadi saya faham bahaya dan kesulitan menguruskan jenazah di waktu Covid-19,” katanya.

Dalam titah perasmian semalam, Sultan Nazrin menzahirkan penghargaan kepada petugas barisan hadapan atas khidmat dan pengorbanan mereka yang bertugas di sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan Covid-19.

Titah baginda,  doktor, jururawat, petugas kesihatan dan perubatan, pemandu ambulans, pemandu van jenazah dan penggali kubur serta pengurus rumah-rumah jenazah tiba-tiba dilanda tanggungjawab luar jangka.  – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN