Banjir di Perak belum pulih, mangsa ditempatkan di pusat pemindahan meningkat - Utusan Malaysia

Banjir di Perak belum pulih, mangsa ditempatkan di pusat pemindahan meningkat

KEADAAN banjir di Bagan Serai, Perak. - UTUSAN/AIN SAFRE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Situasi banjir di Perak tidak menunjukkan keadaan akan pulih dalam masa terdekat apabila bilangan mangsa banjir terus meningkat kepada 291 orang melibatkan 79 keluarga yang ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga daerah setakat pagi ini.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri berkata, ia menunjukkan peningkatan apabila sebuah lagi keluarga terdiri daripada tujuh orang dipindahkan malam tadi.

Menurutnya, mangsa teramai ditempatkan di PPS SK Changkat Lobak di daerah Kerian apabila seramai 111 orang daripada 26 keluarga ditempatkan di situ berbanding 104 orang daripada 25 keluarga malam tadi.

“Mereka adalah penduduk dari Kampung Matang Tengah dan sebahagian penduduk Kampung Parit Simpang Lima, Alor Pongsu, yang rumah mereka dinaiki air,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, bilangan mangsa banjir di dua lagi PPS tidak menunjukkan perubahan dengan 68 orang daripada 19 keluarga masih ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Alor Pongsu.

Begitu juga di daerah Kampar apabila seramai 10 orang daripada dua keluarga masih ditempatkan di PPS Dewan Serbaguna Kampung Batu 20, Kampar.

Menurut beliau, bilangan mangsa banjir di daerah Larut Matang dan Selama (LMS) pula berkurangan seorang kepada 102 orang daripada 32 keluarga yang ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Matang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN