Atlet Paralimpik negara: 'Anda juara di hati kami' - Utusan Malaysia

Atlet Paralimpik negara: ‘Anda juara di hati kami’

ISMAIL Sabri Yaakob mengadakan pertemuan secara maya bersama atlet Paralimpik negara.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: ‘Ayuh Malaysia’.

Demikian kata-kata semangat dilaungkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama atlet Paralimpik negara yang akan beraksi dalam temasya Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

“Saya menyatakan kebanggaan saya dan seluruh rakyat Malaysia kepada mereka (atlet Paralimpik) kerana mewakili negara.

“Saya berdoa agar Jalur Gemilang dapat berkibar dan lagu Negaraku dapat dimainkan lagi untuk meraikan kejayaan mereka di sana. Walau apapun doa saya adalah untuk mereka pulang kepada kita ‘Keluarga Malaysia’ dengan selamat,” katanya dalam hantaran di Facebook beliau hari ini.

Ismail Sabri berkata, walau apa jua pencapaian atlet itu nanti, beliau mahu mereka tahu bahawa setiap atlet tersebut adalah juara di hati setiap rakyat Malaysia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya