Aplikasi pemetaan capaian internet akan dilancarkan - Utusan Malaysia

Aplikasi pemetaan capaian internet akan dilancarkan

SAIFUDDIN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CYBERJAYA: Aplikasi pemetaan capaian internet akan dilancarkan dalam masa terdekat sebagai usaha membantu pengguna memilih syarikat telekomunikasi (telco) yang dapat memberi perkhidmatan terbaik di kawasan masing-masing.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, pihaknya menyedari ada sesetengah kawasan mengalami capaian internet lemah dan menyukarkan pengguna dalam mengakses kemudahan jalur lebar itu.

“Namun dengan adanya aplikasi ini nanti, ia dapat membantu pengguna memilih telco yang dapat memberi perkhidmatan terbaik.

“Misalnya jika saya guna telco A, namun capaian internet tidak memuaskan tetapi di kawasan sekitar terdapat telco B atau C yang lebih baik, jadi mereka boleh pilih dan ‘trace’ dengan sendiri,” katanya pada sidang akhbar selepas sesi turun padang secara maya bersama Agensi CyberSecurity Malaysia (CSM) di sini hari ini.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Saifuddin berkata, Program Pemerkasaan Keselamatan Siber (SiberKASA) berada di landasan tepat untuk melestarikan bidang keselamatan siber negara. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN