Anti-vaksin degil, memalukan! - Jennifer Aniston - Utusan Malaysia

Anti-vaksin degil, memalukan! – Jennifer Aniston

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES : Aktres terkenal, Jennifer Aniston, 52, mendedahkan, dia tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana individu yang dikenali dan tidak lagi berhubungan dengan mereka jika didapati tergolong dalam kelompok anti-vaksin.

Menurut Jennifer, tindakan itu juga sudah dilakukannya sejak kebelakangan ini setelah menyedari ada antara individu dalam kelompok kenalannya yang masih enggan mendapatkan suntikan vaksin.

“Di luar sana masih ramai golongan anti-vaksin yang berdegil dan tidak mahu mendengar fakta yang sudah ada mengenai Covid-19. Perkara ini sangat memalukan.

“Saya baru sahaja memutuskan hubungan dengan beberapa orang yang dikenali sejak beberapa minggu lalu dan mereka adalah orang yang menolak menerima vaksin. Bagi saya, ia adalah satu tanggungjawab moral memandangkan bukannya kita setiap hari perlu diperiksa.

“Perkara ini agak sukar kerana saya tahu semua orang ada pandangan tersendiri tetapi ramai sahaja yang masih tidak percaya dengan Covid-19 dan menganggap ia sekadar satu propaganda untuk menakut-nakutkan orang,”katanya.

Selain itu, menurut Jennifer, dia juga adalah seorang individu yang benar-benar mempraktikkan prosedur operasi standard (SOP) termasuk menjaga jarak sejak pandemik tercetus pada Mac tahun lepas.

Bahkan, menerusi platform media sosial, dia sebelum ini juga seringkali menasihatkan semua pengikut dan peminatnya agar disiplin memakai pelitup muka dengan baik.

“Ia satu amalan yang mudah dan efektif tetapi masih ada yang ingin mempolitikkannya sedangkan setiap hari kita bermain dengan nyawa orang lain. Penggunaan pelitup muka tidak sepatutnya menjadi perdebatan lagi. Sila pakai! Covid ini mampu menyerang anda tanpa mengira usia,”katanya.

Selain itu, menurut bintang drama bersiri popular dunia, Friends ini, pandemik juga merupakan sebab utama penangguhan beberapa kali program Friends : The Reunion yang telah dicalonkan dalam Anugerah Emmy baru-baru ini.

“Namun selepas cuba mencari jalan terbaik dan meliputi pelbagai aspek keselamatan dan kesihatan, akhirnya program tersebut berjaya dilakukan dan ditayangkan kepada umum,”katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya