'Allahyarham individu yang tegas, berdedikasi menjalankan amanah' - Muhyiddin - Utusan Malaysia

‘Allahyarham individu yang tegas, berdedikasi menjalankan amanah’ – Muhyiddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Saya dan keluarga berkongsi rasa sedih apabila mendapat perkhabaran mengenai pemergian tokoh pentadbir perkhidmatan awam yang amat disegani, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid yang meninggal dunia pagi tadi”.

Demikian tulis bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam laman Facebooknya mengenai pemergian Allahyarham.

Menurut beliau, pemergian Allahyarham yang juga Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) serta bekas Ketua Setiausaha Negara merupakan satu kehilangan besar bukan sahaja buat ahli keluarga tetapi kepada negara secara keseluruhan menerusi jasa dan khidmat baktinya selama ini.

Jelasnya, semasa menjadi Ketua Setiausaha Negara, Allahyarham dikenali sebagai tokoh yang mendukung konsep Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) bagi meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan awam dengan memberi fokus kepada kepuasan hati pelanggan dan penambahbaikan kualiti secara berterusan, sekali gus menjadikan perkhidmatan awam negara sebagai antara yang terbaik.

“Secara peribadi, Allahyarham saya kenali sebagai seorang individu yang tegas dan amat berdedikasi dalam menjalankan setiap amanah yang digalas. Allahyarham berani dan lantang bersuara, tegas dalam membuat keputusan, amanah dalam berkhidmat serta berdisiplin tinggi. Penampilannya yang sederhana serta mudah didekati menjadikan Allahyarham amat disegani dan dipandang tinggi oleh masyarakat.

“Salam takziah kepada keluarga Allahyarham atas kehilangan orang tersayang. Sama-samalah kita berdoa agar Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.