Abu Samah bangkit tundukan Jose Pablo - Utusan Malaysia

Abu Samah bangkit tundukan Jose Pablo

ABU SAMAH BORHAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Turun sebagai pilihan atlet tenis kerusi roda negara, Abu Samah Borhan tidak berdepan masalah mengetepikan lawannya dari Costa Rica, Gil Jose Pablo dalam aksi pertama Sukan Paralimpik Tokyo, sebentar tadi.

Apatah lagi jika berdasarkan ranking, kelebihan dilihat memihak kepada atlet negara yang kini menghuni tangga ke-44 dunia berbanding Pablo yang berada di kedudukan ke-50.

Atlet berusia 36 tahun itu bagaimanapun dikejutkan pada set pertama namun bangkit memenangi dua set berikutnya dengan keputusan 4-6, 6-3, 6-2 dalam tempoh masa 2 jam 19 minit.

Kemenangan itu menyaksikan misi Abu Samah untuk melakarkan kejayaan gemilang pada temasya kali ini dengan sasaran mara ke kelompok 16 terbaik terus menyala.

Tokyo adalah penampilan kedua Abu Samah di pentas paralimpik dan atlet kelahiran Perak itu berjaya melayakkan diri secara merit berbanding penyertaan pertamanya di Rio atas tiket wild card.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.