LONDON: Tammy Abraham melengkapkan perpindahan bernilai 40 juta euro (RM199.44 juta) dari Chelsea ke Roma hari ini.
Roma dalam satu kenyataan berkata, Abraham menandatangani kontrak lima tahun dan akan menyertai bekas pengendali Chelsea, Jose Mourinho yang kini membimbing kelab Serie A itu.
Menurut media Itali, pemain England berusia 23 tahun itu akan memakai jersi No. 9 yang ditinggalkan oleh Edin Dzeko yang menyertai Inter Milan.
Abraham yang merupakan produk Akademi Chelsea akan menerima gaji 4.5 juta euro (RM22.44 juta) semusim.

“Anda boleh merasakan bila kelab itu benar-benar mahukan anda. Roma menyatakan minat mereka dengan amat jelas.
“Roma kelab yang berhak memperjuangkan gelaran dan trofi. Saya mempunyai pengalaman memenangi trofi utama dan saya berada pertandingan itu sekali lagi, jadi saya mahu membantu pasukan ini untuk mencapainya dan berjaya ke tahap di mana Roma seharusnya berada,” kata Abraham.
Kepulangan Romelu Lukaku ke Chelsea membuatkan Abraham semakin terpinggir di Chelsea, kelab yang disertai sejak zaman remaja pada 2004.
T a m m y
A b r a h a m pic.twitter.com/Y6ezWZ0MCQ— AS Roma (@OfficialASRoma) August 17, 2021
Juara Eropah itu membelanjakan sejumlah besar wang untuk memikat Lukaku dari Inter dan Thomas Tuchel mengabaikan Abraham, yang dinaikkan pangkat ke pasukan senior oleh jurulatih sebelumnya, Frank Lampard.
Abraham telah menjaringkan 30 gol untuk Chelsea dalam semua pertandingan sejak mendapat tempat dalam skuad utama pada 2019, namun dia mengharungi musim liga paling produktif ketika dipinjamkan kepada Aston Villa dalam Liga Kejuaraan apabila meledak 25 gol pada 2018-2019.
Dia telah bermain enam kali untuk England sejak membuat debut pada tahun 2017, menjaringkan satu-satunya gol menentang Montenegro pada 2019.