PUTRAJAYA: Malaysia mencatatkan penurunan kes positif Covid-19 iaitu 22,070 kes berbanding semalam, 24,599 kes sekali gus mengatasi kes sembuh iaitu 21,877 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 339 kematian dicatatkan dengan 982 kes di unit rawatan rapi (ICU) selain 470 kes memerlukan bantuan pernafasan dan 265,695 kes aktif.
Katanya, Selangor terus menjadi penyumbang terbesar apabila merekodkan sebanyak 5,920 kes diikuti Sabah (3,010), Sarawak (2,224), Kedah (2,072), Pulau Pinang (1,829), Johor (1,809), Kuala Lumpur (1,068) dan Kelantan (1,051).
“Lima negeri mencatatkan kes tiga angka iaitu Perak (939), Pahang (610), Melaka (589), Terengganu (488) dan Negeri Sembilan (338).
“Perlis mencatatkan 76 kes dan Putrajaya, 39 kes manakala Labuan hanya lapan kes sahaja,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE