30,000 keluarga terima sumbangan Op Bantu - Utusan Malaysia

30,000 keluarga terima sumbangan Op Bantu

ACRYL Sani Abdullah Sani (empat dari kanan) bertanya khabar Siti Asa Abdul Hamid (kiri) dan Siti Zahariah Omar (berkerusi roda) selepas menyampaikan bantuan pada program Op Bantu di Kampung Sidam Kanan, Kulim, Kedah,  hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULIM: Sebanyak 30,000 keluarga menerima manfaat sumbangan daripada program Op Bantu yang dilancarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak Julai lalu.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, bantuan tersebut diberikan mengikut keperluan penerima dari seluruh negara.

“Sebenarnya kita tidak mempunyai sasaran berapa jumlah penerima apabila program ini dilakukan secara berterusan.

“Kita pada masa sama berharap ada pihak yang sudi membantu kami melaksanakan program ini,” katanya selepas menyampaikan bantuan pada program Op Bantu di Kampung Sidam Kanan, di sini hari ini.

Acryl Sani berkata, idea asal program tersebut adalah polis sebagai pemudah cara untuk mengenal pasti golongan yang memerlukan melalui Ibu pejabat Polis Daerah (IPD), balai dan pondok-pondok polis yang lebih dekat dengan masyarakat.

“Bantuan ini diberikan golongan memerlukan termasuk bekas polis,” ujarnya.

Sementara itu, pada program itu, seorang penduduk kampung, Siti Asa Abdul Hamid, 72, yang menerima bantuan pembinaan sebuah bilik baharu untuk anak perempuannya yang juga orang kurang upaya (OKU), Siti Zahariah  Omar, 36,

“Kita mengucapkan terima kasih kepada Ahli Dewan Udangan Negeri (ADUN) Merbau Pulas, Datuk Siti Ashah Ghazali yang sudi menyumbangkan bantuan bahan binaan untuk pembinaan bilik tersebut.

“Anggota IPD Kulim bersama penduduk kampung bersama-sama membina ruang tambahan ini yang mengambil masa dalam tempoh seminggu sahaja untuk disiapkan,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya