219 kematian; 1,063 kes ICU - Utusan Malaysia

219 kematian; 1,063 kes ICU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia mencatatkan penurunan kes positif Covid-19 sebanyak 15,764 kes berbanding semalam, 17,150 kes sekali gus mengatasi kes sembuh iaitu 11,767 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 219 kematian dicatatkan dengan 1,063 kes di unit rawatan rapi (ICU) selain 532 kes memerlukan bantuan pernafasan dan 199,051 kes aktif.

“Selangor terus menjadi penyumbang terbesar apabila merekodkan sebanyak 6,067 kes diikuti Kuala Lumpur (1,536), Johor (1,222), Sabah (1,166) dan Kedah (1,108).

“Lapan negeri merekodkan kes tiga angka iaitu Negeri Sembilan (862), Perak (748), Pulau Pinang (667), Kelantan (552), Pahang (475), Melaka (463), Terengganu (425) dan Sarawak (411).

“Hanya Putrajaya mencatatkan kes dua angka iaitu 46 kes manakala Labuan Labuan (7) dan Perlis (9),” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya