1,700 Orang Asli di daerah Sepang sudah divaksin - Utusan Malaysia

1,700 Orang Asli di daerah Sepang sudah divaksin

SEBAHAGIAN masyarakat Orang Asli di sekitar Dengkil dan Sungai Pelek menerima suntikan vaksin Covid-19 di bawah program 'mopping' PPV Bergerak Orang Asli kelolaan PKD Sepang. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Sebanyak 1,700 individu atau 62 peratus dalam kalangan masyarakat Orang Asli di sekitar Dengkil dan Sungai Pelek menerima suntikan vaksin Covid-19, di bawah program ‘mopping’ Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Bergerak Orang Asli kelolaan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Sepang.

Pegawai Perubatan PKD Sepang, Dr. Mohd. Akil Mohd. Khailani berkata, peningkatan peratusan empat kali ganda daripada keseluruhan penduduk berjumlah 2,740 orang itu dilihat amat memberansangkan berbanding Mei lalu yang menyaksikan hanya 15 peratus pemberian vaksin dalam kalangan masyarakat tersebut.

“Perkara ini berlaku kerana ada segelintir masyarakat Orang Asli berdepan halangan termasuk menolak untuk divaksin, namun keterbukaan mereka terhadap keperluan imunisasi sebagai perlindungan diri, selain melihat angka kes Covid-19 yang tinggi di Selangor menyebabkan mereka mahu divaksin.

“Ditambah dengan usaha kita masuk ke perkampungan mereka untuk memberikan suntikan vaksin tanpa memerlukan mereka bergerak keluar memudahkan lagi liputan imunisasi dalam kalangan masyarakat Orang Asli,” katanya kepada pemberita pada program ‘mopping’ PPV Bergerak Orang Asli di perkampungan Sungai Melut di sini hari ini.

Mengulas mengenai program ‘mopping’ itu, Mohd. Akil berkata, sebanyak 16 perkampungan Orang Asli dikunjungi pasukan bertanggungjawab dan perkampungan Sungai Melut adalah lokasi terakhir dengan sasaran 80 hingga 100 Orang Asli dapat diberi vaksin. – UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN