11 sektor ekonomi dibenar beroperasi di Johor - Utusan Malaysia

11 sektor ekonomi dibenar beroperasi di Johor

AYUB JAMIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kesemua 11 aktiviti sektor ekonomi yang dibenarkan di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi negeri Fasa 1 kini turut terpakai di Johor bagi individu yang menerima vaksinasi lengkap.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Ayub Jamil berkata, keputusan itu berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) terbaru dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN), semalam.

“11 jenis aktiviti sektor perdagangan dan pengedaran serta sektor pasar yang dibenarkan beroperasi adalah kedai cuci kenderaan; kedai elektrik dan elektronik; kedai barangan rumah dan peralatan dapur; kedai perabot; kedai peralatan sukan dan kedai aksesori kenderaan.

“Selain itu pusat pengedaran dan jualan kenderaan; kedai pakaian, fesyen dan aksesori; kedai barang kemas; kedai gunting rambut dan pusat atau salun kecantikan (perkhidmatan gunting rambut asas sahaja) serta pasar (pasar pagi, pasar tani, pasar malam dan pasar minggu),” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Baru-baru ini, timbul kekeliruan orang ramai termasuk di negeri ini apabila difahamkan kebenaran beroperasi bagi 11 sektor berkenaan hanya terpakai sekiranya negeri Fasa 1 PPN terbabit telah melepasi 50 peratus kadar penduduk dewasa lengkap divaksin. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN