105 ahli Parlimen pembangkang tolak Muhyiddin - Utusan Malaysia

105 ahli Parlimen pembangkang tolak Muhyiddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Semua 105 ahli Parlimen pembangkang sebulat suara dan tidak menyokong Kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dalam kenyataan bersama ahli-ahli Parlimen daripada Pakatan Harapan (PH), Pertubuhan Kinabalu Progresi Bersatu (UPKO), Parti Sarawak Bersatu (PSB) dan seorang ahli wakil rakyat Bebas menegaskan, mereka tetap menolak kepemimpinan Muhyiddin.

“Adalah mustahil beliau masih mempunyai sokongan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat selepas pengumuman penarikan balik sokongan sejumlah ahli Parlimen kerajaan semalam. Kami juga kekal dengan pendirian bahawa Muhyiddin dan seluruh Jemaah Menteri mesti meletakkan jawatan,” kata kenyataan itu.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR); Ahli Parlimen Kota Raja, Mohamad Sabu (Parti Amanah Negara); Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng (DAP), dua ahli Parlimen Parti Sarawak Bersatu iaitu Baru Bian dan Masir Kujat serta ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik (Bebas).

Ia sekali gus menunjukkan jumlah mereka adalah 92 daripada 222 kerusi parlimen.

Malah Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) dan Parti Warisan Sabah (Warisan) juga mengeluarkan kenyataan sama menolak kepemimpinan Muhyiddin.

Ketua Penerangan Pejuang, Ulya Aqamah Husamudin berkata Pejuang tidak pernah menandatangani sebarang akuan bersumpah sokongan kepada Muhyiddin.

Nada sama juga suara ditegaskan Parti Muda.

Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pula berkata dengan keputusannya tidak menyokong Kerajaan PN dan semua ahli Parlimen parti itu bersepakat mendesak Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan.

“Semua ahli Parlimen Warisan utuh dan kuat untuk meminta supaya Muhyiddin dan seluruh Kabinetnya  berundur dengan penuh hormat. Sebarang berita atau laporan yang disebarkan mendakwa Warisan menyokong PN adalah palsu dan berniat jahat,” katanya dalam satu kenyataan.

Untuk makluman, Pejuang, Warisan dan Muda mempunyai 13 kerusi parlimen.

Terdahulu, Muhyiddin menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk menyembah maklum bahawa dirinya masih mempunyai majoriti dan akan kekal memegang jawatan Perdana Menteri meskipun lapan ahli Parlimen UMNO menarik sokongan terhadap beliau.

Untuk rekod Muhyiddin mempunyai sokongan 114 ahli Parlimen termasuk 38 wakil rakyat UMNO. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya