Zon industri di Kedah antara 9 lokaliti kena PKPD - Utusan Malaysia

Zon industri di Kedah antara 9 lokaliti kena PKPD

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kawasan perindustrian Bakar Arang termasuk tiga taman perumahan di Daerah Kuala Muda, Kedah antara dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai Isnin ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, zon kilang itu meliputi Taman Cahaya PKNK selain Taman Bandar Baru Sungai Lalang dan Taman Lembah Permai ekoran berlaku peningkatan kes Covid-19 dalam tempoh singkat.

Jelas beliau, turut dikenakan PKPD ialah dua lokaliti di Sabah iaitu Taman Zifa, Bingkul, Beaufort dan Kampung Simpangan, Kota Marudu.

“Selain itu, Taman Desaria, Seremban, Negeri Sembilan; Mukim Kuala Kuantan 2, Kuantan, Pahang dan Kampung Bukit Tanah, Mukim Bukit Jawa, Pasir Puteh, Kelantan juga dikenakan PKPD,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ismail Sabri memaklumkan, satu lokaliti yang sepatutnya berakhir esok, akan disambung selama 14 hari sehingga 18 Julai iaitu Taman Merbau Utama (kecuali Blok B dan C), Mukim Bukit Jawa, Selinsing, Pasir Puteh, Kelantan ekoran masih berlaku lagi penularan dalam kalangan penduduk.

“Tiga lokaliti berbeza di Sabah ditamatkan PKPD esok seperti dijadualkan iaitu Kampung Nelayan, Batu 10, Sandakan; Fasa 1 dan 2 Taman Digot, Penampang serta Kampung Rancangan Silabukan, Peringkat 4, Lahad Datu.

Sementara itu, bilangan pesalah ingkar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) di seluruh negara semalam merekodkan 711 individu ditahan dengan 672 dikompaun manakala 39 lagi direman.

Menurut Ismail Sabri Yaakob, kesalahan tertinggi ialah gagal merekod butiran diri di premis sebanyak 169 kes, diikuti tidak memakai pelitup muka 121 kes, tiada penjarakan fizikal (116), tidak patuh arahan kawalan pergerakan (61), membawa penumpang secara berlebihan (23) dan lain-lain lagi (221).

“Seramai 24 pendatang asing tanpa izin turut ditahan dan tiga kenderaan darat disita semalam melalui Operasi Benteng bagi mengekang jenayah rentas sempadan dan penularan Covid-19,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN