Warga emas OKU Pulau Redang lega disuntik di rumah   - Utusan Malaysia

Warga emas OKU Pulau Redang lega disuntik di rumah  

MAT Soh Mat San yang kudung kaki kanan menerima suntikan Covid-19 dalam program outreach vaksin di rumahnya di Kampung Baru Pulau Redang, Kuala Nerus semalam. - PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Seorang warga emas  kurang upaya dari Kampung Baru Pulau Redang di sini, sepatutnya menghadiri janji temu vaksin Covid-19 bulan lalu, namun perkara itu tertangguh berikutan kekangan jarak dan soal kesihatan. 

Bagaimanapun, hasrat Mat Soh Mat San, 62, yang kudung kaki kanan untuk mendapatkan suntikan berkenaan akhirnya tercapai selepas sekumpulan petugas kesihatan berkunjung ke rumahnya semalam. 

Katanya, janji temu pertama itu gagal dihadiri kerana diaturkan sehari selepas dia hadir pemeriksaan kesihatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu. 

“Jarak perjalanan yang panjang untuk ke HSNZ dari Pulau Redang menyebabkan saya penat untuk ke hospital semula. 

“Walaupun sedih terlepas peluang itu bulan lepas tetapi saya gembira apabila dihubungi petugas kesihatan kelmarin yang memaklumkan proses berkenaan dilakukan di rumah,” katanya ketika ditemui pemberita semalam. 

Mat Soh adalah antara 10 penduduk kampung berkenaan yang divaksin dalam program pusat pemberian vaksin (PPV) outreach dari rumah ke rumah kerana keadaan kesihatannya yang uzur.

Sementara itu, Muhammad Teh Hassan 81, yang mempunyai sakit sakit saraf sejak empat tahun lalu lega dapat menerima vaksin berkenaan sekali gus berharap keadaan pandemik kembali pulih seperti sediakala. – UTUSAN ONLINE 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN