Wanita mati depan klinik positif Covid-19 - Utusan Malaysia

Wanita mati depan klinik positif Covid-19

TULAR gambar seorang wanita rebah di hadapan sebuah klinik di Taman Sentosa, Klang sebelum disahkan meninggal dunia oleh ambulans yang tiba di lokasi kejadian pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Seorang wanita yang meninggal dunia selepas terbaring  tidak sedarkan diri di depan sebuah klinik di Taman Sentosa di sini, hari ini disahkan positif Covid-19.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu selepas tular menerusi klip video dan beberapa foto di media sosial pagi tadi.

“Kejadian dipercayai berlaku ketika wanita itu bersama adiknya ingin mendapatkan rawatan di klinik berkenaan, kira-kira pukul 9.45 pagi .

“Sewaktu berada di depan klinik itu, wanita berkenaan tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurut beliau, ambulans yang tiba di lokasi kejadian mengesahkan wanita berkenaan sudah meninggal dunia.

Ujar Shamsul Amar, mayat wanita itu kemudian dihantar ke Hospital Shah Alam untuk tindakan lanjut.

“Hasil keputusan ujian saringan awal Rapid Test Kit (RTK) mendapati wanita tersebut positif Covid-19.

“Wanita itu turut mempunyai sejarah penyakit kencing manis dan darah tinggi,” katanya.

Tambah Shamsul Amar, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut Covid-19.  – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya