Wanita ditemukan mati dalam kereta terbakar - Utusan Malaysia

Wanita ditemukan mati dalam kereta terbakar

KEADAAN kereta Perodua Kancil yang terbakar di Bandar Baru Selayang awal pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang wanita ditemukan maut dipercayai selepas keretanya terbakar di hadapan sebuah pasar raya di Bandar Baru Selayang, di sini awal pagi tadi. 

Wanita belum dapat dipastikan identitinya itu ditemukan di tempat duduk pemandu kereta jenis Perodua Kancil dalam kejadian kira-kira pukul 4.15 pagi. 

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasa pada pukul 4.25 pagi dan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Selayang dikejarkan ke lokasi kejadian. 

“Ketika tiba, kereta itu didapati terbakar 40 peratus di bahagian dalam. 

“Setelah membuat pemadaman, seorang wanita ditemukan di tempat duduk pemandu,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Tambahnya, mayat diserahkan ke bahagian forensik bagi tindakan selanjutnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN