fbpx

28 Oktober 2021, 11:06 pm

  TERKINI

[VIDEO] Polis siasat ‘helikopter nasi ganja’ mendarat di Padang Ipoh, rentas negeri

PESANAN nasi ganja yang dimuatkan dalam helikopter yang mendarat di Padang Ipoh. - UTUSAN/GAMBAR IHSAN AWANI PERAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Sebuah helikopter mendarat di Padang Ipoh di sini difahamkan untuk mengambil pesanan 36 bungkus nasi ganja yang ditempah oleh pelanggan dari Kuala Lumpur di sebuah kedai menjual nasi kandar terkemuka di bandar raya ini, hari ini.

HELIKOPTER yang dikatakan mendarat di Padang Ipoh bagi mengambil pesanan nasi ganja. – VIDEO IHSAN AWANI PERAK

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalatrash Wahid berkata, pihaknya akan merujuk kepada pihak Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia untuk tindakan selanjutnya.

Menurutnya, polis juga akan menyiasat sama ada mereka memiliki surat kebenaran rentas negeri.

“Kalau mereka tiada kebenaran rentas negeri, jadi akan buka siasatan dan panggil pihak terlibat,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Helikopter itu didapati mendarat di Padang Ipoh pada pukul 9.55 hingga 10.15 pagi ini.

“Helikopter tersebut tidak mendapat kebenaran mendarat di Padang Ipoh. Kita sudah salurkan info ini kepada pihak CAAM Ipoh,” katanya.

POPULAR

KOSMO! TERKINI