Ujian saringan Covid-19 dijalankan di Parlimen - Utusan Malaysia

Ujian saringan Covid-19 dijalankan di Parlimen

MEREKA yang berada dalam Parlimen hari ini perlu menjalani ujian saringan susulan terdapat dua kes positif Covid-19 di Parlimen.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Dalam keadaan ramai pemimpin sedang berkumpul di rumah Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Parlimen kini sedang menjalankan ujian saringan Covid-19 terhadap kesemua wakil rakyat, kakitangan Parlimen dan pengamal media.

Ia susulan terdapat dua kes positif Covid-19 yang berlaku di Parlimen.

Kes pertama seorang petugas yang hadir pada Isnin hingga Rabu dikesan positif oleh petugas Kementerian Kesihatan manakala kes kedua pula dikesan hari ini selepas menjalani ujian saringan Covid-19.

Ujian saringan yang dibuat menggunakan perkhidmatan RTK-Ag Self-Test Kit Saliva. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya