Tugasan pengumuman harian PPN diambil alih Hishammuddin esok - Utusan Malaysia

Tugasan pengumuman harian PPN diambil alih Hishammuddin esok

PENAMPILAN unik Ismail Sabri Yaakob dengan pelbagai corak batik ketika sidang akhbar pernah tular diperkatakan warganet. – MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Setelah lebih setahun, empat bulan dan enam hari memikul peranan, esok tugasan rutin setiap hari menyampaikan laporan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bakal diambil alih Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

HISHAMMUDDIN TUN HUSSEIN

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berterima kasih kepada pihak yang terlibat sepanjang berkhidmat menyampaikan laporan harian berkenaan.

“Sebagai Menteri Kluster Keselamatan yang baharu, maka beliau akan mengambil alih tugas yang saya laksanakan sebelum ini,” katanya menerusi kenyataan terakhirnya hari ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melantik beliau yang juga Naib Presiden UMNO ke jawatan nombor dua itu pada 7 Julai lalu dengan kekal sebagai Menteri Pertahanan, sementara Hishammuddin yang baru sahaja dilantik sebagai Bendahari Agung Barisan Nasional pada tahun lalu itu, turut kekal dengan memegang portfolio Menteri Luar Negeri.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera berkata, sejak 20 Mac tahun lalu, beliau memikul tanggungjawab memaklumkan berkaitan Task Force Operasi Pematuhan.

“Semua kenyataan media secara harian termasuk penguatkuasaan undang-undang di bawah Akta 342 dikeluarkan saya setiap hari sejak itu,” jelasnya mengimbau pengalaman tersebut.

Beliau juga perlu memberi penjelasan kepada rakyat mengenai situasi semasa keselamatan negara ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dan kemudian Pelan Pemulihan Negara.

Ketika peringkat awal, beliau setiap hari muncul dalam sidang akhbar secara langsung di televisyen selain laporan pandemik Covid-19 disampaikan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.

Ramai penonton turut setia menantikan program itu bukan kerana kandungan laporan yang hendak disampaikan, namun mereka lebih mengulas corak unik baju batik dikenakan beliau.

Bagaimanapun penampilan Ismail Sabri yang mesra disapa sebagai ‘Pak Long’ kemudian mula berkurangan susulan kekangan masa disebabkan tuntutan tugas rasmi di luar ibu negara.

Pada masa sama, beliau turut merakamkan penghargaan kepada sahabat-sahabat dalam kalangan petugas media yang sentiasa melaporkan perkembangan dari masa ke semasa. – UTUSAN ONLINE

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya