Tindakan tegas mereka terlibat perhimpunan #lawan - Utusan Malaysia

Tindakan tegas mereka terlibat perhimpunan #lawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Orang ramai diingatkan agar tidak terpengaruh dengan seruan pihak tertentu untuk berhimpun dan berkonvoi di ibu negara esok.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, ingin diingatkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih lagi berkuat kuasa dan sebarang perhimpunan dan aktiviti sosial adalah dilarang.

“Pihak polis tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana pihak terlibat berlandaskan undang-undang sedia ada termasuk kompaun di bawah Akta 342,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, tular satu hantaran di media sosial mengenai protes melibatkan Sekretariat Solidariti Rakyat.

Hantaran mengenai protes yang akan diadakan hujung Julai ini menyeru rakyat untuk turut serta dalam konvoi #Lawan di seluruh negara.

Menerusi hantaran terbabit, orang ramai turut diminta menghidupkan kenderaan masing-masing esok.

Selain itu, orang ramai juga diseru meletakkan bendera hitam di dalam kenderaan masing-masing sebelum bergerak dengan mengibarkan bendera berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN