Tiga lelaki diberkas, 21 kes pinjaman tidak wujud selesai - Utusan Malaysia

Tiga lelaki diberkas, 21 kes pinjaman tidak wujud selesai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menumpaskan sindiket pinjaman tidak wujud dengan memberkas tiga lelaki di sebuah kondominium di Jalan Sultan Ismail dekat sini semalam.

Kesemua suspek berusia 30 hingga 36 tahun itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota polis daripada Bahagian Risikan/ Operasi Jabatan Siasatan Siasatan Komersial (JSJK) Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju serta JSJK Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

Ketua JSJK Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd. Mahidisham Ishak berkata, serbuan dijalankan susulan satu laporan dibuat seorang mangsa yang ditipu hampir RM35,000.

Katanya, siasatan mendapati sindiket menawarkan pinjaman tidak wujud di laman sosial dan apabila mangsa bersetuju, mereka diminta untuk bayar sejumlah wang untuk deposit, insurans serta wang proses.

“Bayar dibuat kepada beberapa mule akaun sebelum gagal dihubungi.

“Siasatan juga mendapati ketiga-tiga suspek mula menjalankan kegiatan itu sejak sebulan lalu malah sindiket sentiasa berpindah dan menukar operator bagi elak dikesan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd. Mahidisham berkata, pihaknya turut merampas 10 telefon bimbit, router, modem dan buku nota disyaki digunakan untuk kegiatan penipuan tersebut.

“Dengan penahanan ini, kita percaya telah menyelesaikan 21 kes yang disiasat di beberapa kontinjen,” katanya.

Beliau turut mengingatkan orang ramai jangan mudah percaya dengan promosi pinjaman dengan kaedah yang rendah.

Tambah beliau, sebarang jenayah atau aktiviti yang mencurigakan diminta hubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berdekatan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN