Tiga ditahan kes Pengarah Eksekutif PHEB diserang, ditetak 

Tiga ditahan kes Pengarah Eksekutif PHEB diserang, ditetak 

MOHD. SHUHAILY MOHD. ZAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Seramai tiga suspek ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes Pengarah Eksekutif Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang (PHEB), Datuk M. Ramachandran diserang dan ditetak sekumpulan lelaki dalam kejadian di Taman Alma, Machang Bubok, dekat sini Khamis lalu. 

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, tiga suspek lelaki berkenaan yang berusia antara 45 hingga 51 tahun ditahan di lokasi berasingan di sekitar Seberang Perai,  dekat sini Ahad lalu. 

“Kita juga telah mengambil keterangan seramai 14 saksi berhubung kes ini dan menahan tiga suspek. 

“Motif sebenar kejadian masih dalam siasatan dan saya tidak boleh mengulas lanjut sama ada ia mempunyai kaitan dengan PHEB atau gangsterism,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, di sini hari ini. 

Sebelum ini, seorang lelaki warga emas berusia 70 tahun cedera parah selepas diserang sekumpulan lelaki dengan menggunakan senjata tajam, di Bukit Mertajam di sini. 

Susulan kejadian itu, mangsa yang disahkan Pengarah Eksekutif PHEB mengalami kecederaan parah pada bahagian leher, paha, belakang kepala serta badan. 

Menurut Mohd. Shuhaily, tiga suspek direman reman bagi membantu siasatan dan kes tersebut siasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN