Tidak kesal tinggalkan PKR, sokong Muhyiddin - Utusan Malaysia

Tidak kesal tinggalkan PKR, sokong Muhyiddin

STEVEN CHOONG SHIAU YOON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Ahli Parlimen Tebrau, Steven Choong Shiau Yoon tidak kesal kerana meninggalkan PKR dan menyatakan sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dipimpin Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Februari lalu.

Beliau juga tidak melihat perbuatan itu sebagai satu pengkhianatan kepada mandat diberi rakyat dalam pilihan raya umum (PRU) lalu kerana beliau dapat berkhidmat dengan lebih baik sebagai wakil rakyat kerajaan.

Menurut beliau, fokusnya ketika ini adalah untuk melakukan yang terbaik bagi membantu penduduk di Parlimen Tebrau.

 “Saya telah buat keputusan (menyokong Perdana Menteri), saya tidak pernah menyesal. Ini kerana saya boleh melakukan lebih banyak kerja lagi dan itu yang akan saya teruskan.

“Hal berkaitan politik itu permainan pihak atasan, jadi biar mereka yang tentukan hala tuju parti masing-masing,” katanya selepas menyampaikan sumbangan barangan keperluan di Surau An-Nur, Taman Daya, di sini hari ini.

Pada 28 Februari lalu, Steven Choong menyatakan sokongan kepada kerajaan PN sekali gus meninggalkan PKR.

Beliau juga tidak kisah dengan gelaran pengkhianat yang hendak diberikan PKR kepada dirinya kerana merasakan telah melakukan keputusan terbaik bukan untuk dirinya sendiri tetapi untuk masyarakat keseluruhannya. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN